Segala macam keistimewaan yang kami lihat pada peradaban Barat sekarang ini, semuanya sesuai dengan ciri-ciri Dajjal yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW dalam ru'yah. Memang benar bahawa bangsa-bangsa ini mempunyai sedikit perbedaan satu sama lain, tetapi ada satu hal yang semuanya sama. Dan ciri yang sama inilah yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam memberi gambaran tentang Dajjal.
Kami hanya akan mengutip
Hadits-hadits yang menghuraikan ciri-ciri Dajjal. Marilah kita mulai dengan
Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :
1. "Dan aku melihat orang yang
berambut ikal pendek, yang mata-kanannya buta Aku bertanya: Siapakah ini? Lalu
dijawab, bahawa ia adalah Masihid - Dajjal" (Bukhari 77:68,92)
2. "Awas! dia pecak (buta
sebelah)… dan di antara dua matanya, tertulis 'Kafir'…" (Bukhari 93:27).
Dari gambaran tersebut dapatlah
kami catat:
1. Bahawa mengenai bentuknya,
Dajjal digambarkan berbadan kekar.
2. Bahawa roman-mukanya putih dan mengkilat.
3. Bahawa rambut kepalanya pendek dan ikal.
2. Bahawa roman-mukanya putih dan mengkilat.
3. Bahawa rambut kepalanya pendek dan ikal.
Tiga gambaran ini sesuai sekali
derigan bentuk orang-orang Eropah pada umumnya. Mereka itu pada umumnya berbadan
kekar; bertubuh baik dan kuat; rambutnya pendek dan ikal, sampai-sampai
wanitanya pun memotong pendek rambutnya; kulit mereka putih dan mengkilat. Jadi,
gambaran tentang ciri-ciri Dajjal tersebut, cocok sekali dengan perwujudan
orang-orang Eropah.
Adapun dua ciri lainnya, yakni,
bahawa mata kanan Dajjal buta, dan pada dahinya tertulis kaf, fa' dan ra' atau
kaflr, ini menggambarkan keadaan rohani Dajjal yang sebenarnya. Sebagaimana
telah kami terangkan, Dajjal menggambarkan suatu bangsa. Sebagai bangsa, tak
mungkin semuanya buta mata jasmaninya.
Selain itu, Dajjal yang
digambarkan buta mata kanannya, mata-kiri Dajjal digambarkan bersinar gemerlapan
bagaikan bintang. Dengan perkataan lain, mata-kanan Dajjal digambarkan hilang
cahayanya, tetapi mata-kirinya bersinar terang. Penjelasan yang diberikan oleh
Imam Raghib tentang mata Dajjal yang buta sebelah kanannya, sungguh ilmiyah
sekali. Pada waktu menjelaskan erti kata al-Masih, beliau menerangkan bahawa
kata masaha bererti menghapus sesuatu, lalu beliau menambahkan keterangan sbb:
"Diriwayatkan bahawa mata-kanan
Dajjal hilang penglihatannya, sedangkan nabi 'Isa mata-kiri beliaulah yang
hilang penglihatannya; dan ini bererti bahawa Dajjal tak mempunyai sifat-sifat
akhlak tinggi, seperti misalnya kearifan, kebijaksanaan dan rendah hati;
sedangkan nabi 'Isa tak mempunyai kejahilan, keserakahan, kerakusan dan
sebagainya yang termasuk jenis akhlak yang rendah".
Jadi, gambaran Dajjal buta
mata-kanannya janganlah ditafsirkan secara harfiyah, melainkan secara kalam
ibarat, yakni harus diertikan bahawa Dajjal tak mempunyai akhlak yang baik.
Bahawa dua mata manusia itu, yang
satu digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubungan dengan kerohanian dan
agama, dan yang satu lagi digunakan untuk melihat hal-hal yang berhubungan
dengan kebendaan dan keduniaan. Oleh kerana hal-hal yang berhubungan dengan
agama dan kerohanian itu lebih tinggi kedudukannya daripada hal-hal yang
berhubungan dengan kebendaan dan keduniaan, maka buta mata kanan Dajjal bererti
bahawa Dajjal sedikit sekali perhatiannya terhadap hal-hal yang berhubungan
dengan agama atau kerohanian, dan ini sesuai sekali dengan apa yang dialami oleh
bangsa-bargsa Eropah sekarang ini.
Seluruh perhatian mereka ditujukan
kepada hal-hal yang berhubungan dangan kebendaan dan keduniaan dan kemajuan
mereka dalam bidang ini tak ada bandingannya. Inilah yang dimaksud dengan apa
yang dihuraikan dalam Hadits, bahawa mata-kiri Dajjal bersinar gemerlapan
bagaikan bintang. Ertinya, Dajjal mampu melihat segala macam barang-barang
duniawi, yang bangsa-bangsa lain tak mempunyai pengertian tentang itu. Tetapi
mata rohani Dajjal tak mempunyai penglihatan yang tajam, kerana semua kekuatan
Dajjal dihabiskan guna kepentingan urusan duniawi. Sukses Dajjal yang tak ada
taranya dalam urusan duniawi mengakibatkan buta sebelah. Penjelasan ini sungguh
mengagumkan dan sesuai sekali dengan apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an tentang
bangsa-bangsa Kristian:
"Orang-orang yang usahanya
menderita rugi dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka amat
pandai dalam membuat barang-barang" (18:104)
Hadits Nabi melukiskan hal ini
dengan kalam ibarat, bahawa mata- kiri Dajjal, iaitu, mata-duniawi bersinar
gemerlapan bagaikan bintang. Adapun keadaan rohani bangsa-bangsa Dajjal Allah
berfirman sbb:
"Mereka adalah orang-orang yang
mengkafiri ayat Tuhan, dan (mengakhiri) perjumpaan dengan Dia" (18 : 105).
Hadits Nabi menjelaskan hal ini
dengan caranya sendiri, iaitu, bahawa mata-kanan Dajjal tak mempunyai kekuatan
untuk melihat ayat Tuhan.
Tanda Dajjal yang lain, yakni
tulisan kafara atau kafir pada dahinya ini berkenaan pula dengan keadaan
rohaninya. Jika orang berkata, bahawa pada dahi seseorang terdapat tulisan anu,
ini sama ertinya dengan mengatakan, bahawa anu itu adalah fakta senyata-nyatanya
bagi dia. Maka dari itu, huraian Hadits bahawa pada dahi Dajjal terdapat tulisan
kafir, ini hanyalah bererti bahawa kekafiran itu merupakan kenyataan yang
senyata-nyatanya bagi dia.
Kata-kata Hadits itu sendiri sudah
menerangkan; bahawa demikian itulah nyatanya. Pertama-tama, Hadits menerangkan
bahawa tiap-tiap mukmin dapat membaca tulisan itu; jadi bukan tiap-tiap orang
dapat membaca tulisan itu. Lalu ditambahkan kata penjelasan tentang orang mukmin
itu, yakni, "baik ia buta huruf atau mengerti tulis menulis." Ertinya, tiap-tiap
orang mukmin dapat memahami tulisan itu, baik ia mengerti tulis-menulis atau
tidak.
Sudah terang, bahawa tulisan yang
dapat dibaca oleh tiap-tiap orang mukmin, baik ia mengerti tulis-menulis atau
buta huruf, tak mungkin berwujud kata-kata atau huruf. Jika tulisan itu berwujud
kata-kata atau huruf, niscaya tak dipersoalkan lagi apakah pembacanya mukmin
atau kafir, demikian pula tak perlu dinyatakan bahawa orang mukmin dapat membaca
tulisan itu sekalipun ia buta-huruf.
Kepandaian membaca tulisan, tak
ada sangkut pautnya dengan urusan iman. Setiap orang yang tak buta huruf pasti
dapat membaca tulisan, sedangkan orang buta huruf, sekalipun ia orang mukmin
sejati, ia tetap tak dapat membaca tulisan. Oleh kerana itu, tulisan yang
dimaksud bukanlah tulisan biasa, melainkan menifestasinya perbuatan seseorang.
Pernyataan bahawa tulisan itu hanya dapat dibaca oleh orang mukmin saja, ini
bererti, bahawa orang kafir tak pernah sedar akan kekafirannya, sehingga
memerlukan mata orang mukmin untuk membaca buruknya kekafiran mereka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar