Dalam kitab Bible, Ya'juj wa-Ma'juj diuraikan dengan kata-kata yang amat jelas, sehingga tak diragukan lagi siapa Ya'juj dan Ma'juj itu.
Dalam Kitab Yehezkiel 38:1-4,
diterangkan sbb:
"Dan lagi datanglah firman
Tuhan kepadaku, bunyinya: Hai anak Adam! Tunjukkanlah mukamu kepada Juj dan
tanah majuj, raja Rus, Masekh dan Tubal, dan bernubuatlah akan halnya.
Katakanlah: Demikianlah firman Tuhan Hua. Bahawasanya Aku membalas kepadamu
kelak, hai Juj, raja Rus, masekh dan Tubal. Dan kubawa akan dikau berkeliling
dan kububuh kait pada rahangmu ... "
Di sini Juj dihuraikan
seterang-terangnya, dan Juj di sini adalah sama dengan Ya'juj dalam Al-Qur'an.
Dia dikatakan sebagai raja Rusia, Moscow dan Tubal. Adapun Majuj (Ma'juj), hanya
dikatakan "tanah Ma'juj".
Tiga nama yang disebutkan dalam
kitab Bible ialah: Rus atau Rusia, Masekh atau Moscow, dan Tubal atau Tobolsk.
Rusia adalah nama negara, sedangkan Omask dan Tubal adalah nama dua sungai di
sebelah Utara pergunungan Kaukasus. Pada sungai Omask terletak kota Moscow, dan
pada sungai Tubal terletak kota Tobolsk; dua-duanya merupakan kota Russia yang
termasyur. Mengingat terangnya gambaran ini, maka tak diragukan lagi siapa
Ya'juj itu.
Jadi terang sekali bahawa Juj
ialah Russia, tempat kediaman bangsa Slavia. Adapun Ma'juj adalah negara itu
juga. Jadi di satu pihak, Juj dikatakan sebagai raja Rusia, di lain pihak, ia
digambarkan mendiami tanah Majuj. Rusia terletak di Eropa. Penduduk Eropa
terdiri dari dua pokok suku-bangsa, iaitu Slavia dan Teutonia. Bangsa Teutonia
meliputi bangsa British dan bangsa Jerman. Ini menunjukkan seterang-terangnya
bahawa Juj adalah nama bangsa-bangsa Eropah Timur (Slavia), sedangkan Majuj
adalah nama bangsa-bangsa Eropah Barat, iaitu bangsa Teutonia.
Dan terang pula bahawa dua bangsa
ini mula-mula sekali mendiami tanah yang sama. Boleh jadi, Juj dan Majuj adalah
nama atau julukan nenek-moyang dua bangsa ini. Hal ini dibuktikan adanya
kenyataan bahawa patung Ya'juj dan ma'juj itu sejak zaman dahulu sudah berdiri
di depan Guildhall di London yang termasyur. Jika dua nama itu tak ada
hubungannya dengan nenek-moyang bangsa-bangsa ini, mengapa patung mereka itu
dipasang di depan gedung Dewan Perwakilan Rakyat ?
Berdasarkan keterangan tersebut
dalam kitab Bible ditambah dengan bukti sejarah yang dilengkapi dengan dua
patung di London, sudah dapat dipastikan bahawa Ya'juj wa-Ma'juj bukanlah nama
khayalan, melainkan nama dua suku bangsa yang mendiami Benua Eropah, dan yang
seluruhnya menutupi dataran Eropah. Menilik tanda-tanda yang terang tentang
identiti bangsa-bangsa itu, maka apa yang dihuraikan dalam Al-Qur'an bahawa
Ya'juj wa-Ma'juj akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi, ini tak dapat
diertikan lain selain bahawa bangsa-bangsa Eropah akan menguasai seluruh muka
bumi.
Bahkan kalimah "kulli hadabin"
yang ertinya tiap-tiap tempat tinggi ini menunjukkan, bahawa mereka bukan saja
unggul dalam bidang fizik, melainkan pula dalam bidang intelektual, sehingga
bangsa-bangsa lain di dunia bukan saja diperbudak jasmaninya, melainkan pula
rohaninya. Jadi, Al-Qur'an memberi gambaran yang nyata kepada kita tentang
merajalelanya kekuasaan politik dan kebudayaan Eropah di seluruh dunia, dan
runtuhnya ummat Islam pada akhir zaman; kenyataan ini memang aneh, tetapi ini
membuktikan seterang-terangnya akan kebenaran Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar