Sebagaimana kami terangkan di muka, Al-Qur'an tak menyebutkan nama Dajjal secara khusus. Tetapi dalam Hadits sahih diterangkan bahawa barang siapa membaca surah al-Kahfi, ia akan diselamatkan dari fitnahnya Dajjal, padahal surah ini khusus membahas agama Nasrani dan ajarannya yang palsu. Terutama sekali sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah ini, khusus dibahas kepercayaan dan kegiatan bangsa-bangsa Kristian. Ini menunjukkan seterang-terangnya bahawa rnenurut Al-Qur'an, f'itnahnya Dajjal itu hanya sebutan lain saja bagi kemenangan agama Nasrani. Dengan perkataan lain, apa yang digambarkan dalam Hadits sebagai fitnahnya Dajjal itu tiada lain hanyalah kemenangan agama Nasrani.
Dengan suara bulat semua kitab
Hadits mengumumkan bahawa fitnahnya Dajjal adalah fitnah yang paling besar,
sampai-sampai kaum Muslimin diajarkan agar pada tiap-tiap shalat berdo'a kepada
Allah untuk diselamatkan dari fitnahnya Dajjal: "Ya Allah, aku mohon
perlindungan Dikau dari fitnahnya Masih ad-Dajjal". Selanjutnya diterangkan pula
dalam Hadits bahawa setiap Nabi memperingatkan ummatnya terhadap fitnahnya
Dajjal. Dalam Hadits dinyatakan seterang--terangnya sbb:
"Tak ada fitnah yang lebih besar
daripada fitnahnya Dajjal, sejak terciptanya Adam hingga Hari Kiamat".
Semua kitab Hadits sama
pendapatnya tentang hal ini, dan peringatan ini diulang berkali-kali dalam
berbagai bentuk kalimat. Oleh kerana itu timbullah pertanyaan, mengapa Al-Qur'an
tak membicarakan peristiwa yang digambarkan dengan tegas oleh Nabi Muhammad SAW
sebagai fitnah yang paling besar?
Sebelum kami menjawab pertanyaan
ini, baiklah kami periksa labih dahulu sifat dua macam fitnah yang kaum Muslimin
diperingatkan akan terjadi pada akhir zaman. Pertama tentang fitnahnya Ya'juj
wa--Ma'juj, ini diuraikan seterang-terangnya, baik dalam Al-Qur'an mahupun dalam
Hadits; akan tetapi Al-Qur-an tak menerangkan tentang Dajjal, melainkan sebagai
penggantinya, Al-Qur'an hanya menerangkan fitnah besar berupa ajaran Kristen
tentang Ketuhanan nabi 'Isa. Dengan kata--kata yang tegas, Al-Qur'an mencela
ajaran ini sebagai fitnah yang paling besar bagi manusia:
"Langit hampir-hampir pecah dan
bumi membelah dan gunung--gunung runtuh berkeping-keping, kerana mereka
mengakukan seorang putera kepada Tuhan Yang Maha-pemurah" (19:90-91)
Selanjutnya Al-Qur'an menerangkan,
bahawa ajaran semacam itu tak pernah diajarkan oleh nabi 'Isa. bahkan
sebenarnya, ajaran itu bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh nabi 'Isa.
"Tatkala Allah berfirman: Wahai
'Isa anak Maryam, apakah engkau berkata kepada manusia ambillah aku dan ibuku
sebagai Tuhan selain Allah ? la ('Isa) berkata: Maha suci Engkau, tak pantas
bagiku mengatakan sesuatu yang aku tak berhak mengatakan itu… Aku tak berkata
kepada mereka selain apa yang Engkau perintahkan kepadaku, yakni mengabdilah
kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu" (5:116-117).
Jadi menurut Al-Qur'an, ajaran
tentang Ketuhanan nabi 'Isa tak diajarkan oleh beliau, melainkan diajarkan oleh
Anti-christ atau Dajjal. Walaupun Al-Qur'an tak menyebut-nyebut nama Dajjal,
namun Al-Qur'an membicarakan ajaran Dajjal yang sesat berupa ajaran Kristian
tentang Putera Allah.
Jika kami memperhatikan Hadits
yang bersangkutan, inipun membenarkan apa yang tersebut di atas. Dalam hubungan
ini, hal yang mula-pertama menarik perhatian kami ialah, bahawa Hadits yang
menerangkan turunnya al-Masih, hampir semuanya memikulkan satu tugas kepada
beliau, yakni "mematahkan kayu palang" (yaksirus-saliba).
Jarang sekali Hadits yang
menerangkan, bahawa beliau ditugaskan untuk membunuh Dajjal. Hal ini memang aneh
jika diingat bahawa menurut Hadits, fitnahnya Dajjal itu fitnah yang paling
besar di dunia. Fitnah ini hanya akan disingkirkan oleh tangan Masih-Mau'ud.
Akan tetapi pada waktu membicarakan turunnya al-Masih, Hadits hanya menerangkan
bahawa tugas beliau yang paling besar ialah mematahkan kayu palang; ini
menunjukkan seterang-terangnya bahawa mematahkan kayu palang adalah sama ertinya
dengan membunuh Dajjal.
Sungguh mengesankan sekali bahawa
manakala Hadits menerangkan fitnah zaman akhir, maka fitnah yang paling besar
adalah fitnahnya Dajjal; tetapi manakala Hadits menerangkan ubat yang dapat
memberantas fitnah itu, maka hanya disebut patahnya kayu palang. Mengingat
bahawa tugas utama Masih-Mau'ud ialah mematahkan kayu palang, maka teranglah
bahawa fitnahnya Dajjal dan merajalelanya agama Kristian adalah, dua sebutan
belaka bagi satu idea yang sama
Tidak ada komentar:
Posting Komentar