Mungkin orang akan bertanya, jika sekiranya Dajjal dan Ya'juj wa-Ma'juj adalah dua sebutan yang berlainan untuk menamakan satu bangsa, mengapa Al-Qur'an hanya menyebutkan nama Ya'juj wa--Ma'juj saja, dan tak sekali-kali menyebutkan nama Dajjal? Sebabnya ialah bahawa kata Dajjal, sebagaimana kami terangkan di atas, ertinya "pembohong" atau "penipu", dan tak seorangpun suka disebut pembohong atau penipu, walaupun ia benar-benar seorang pembohong atau penipu yang ulung.
Sebaliknya, oleh kerana Ya'juj
wa-Ma'juj itu nama suatu bangsa, maka tak seorangpun akan merasa keberatan
memakai nama itu. Bahkan sebenarnya, bangsa Inggeris sendiri telah memasang
patung Ya'juj wa-Ma'juj di depan Guildhall di London. Inilah sebabnya mengapa
Al-Qur'an hanya menggunakan nama Ya'juj wa-Ma'juj, dan tak menggunakan nama
Dajjal yang ertinya pembohong. Sebaliknya, kitab-kitab Hadits menggunakan kata
Dajjal, kerana nama Dajjal atau Anti Christ, dan ramalan-ramalan yang
berhubungan dengan ini, disebutkan dalam Kitab Suci yang sudah-sudah. Oleh
kerana itu, perlu sekali dijelaskan bagaimana terpenuhinya ramalan-ramalan itu.
Selain itu, kata Dajjal hanya
menunjukkan satu aspek persoalan, yakni, kebohongan dan penipuan yang dilakukan
oleh bangsa itu, baik mengenai urusan agama, mahupun mengenai urusan duniawi.
Akan tetapi terlepas dari sifat-sifatnya yang buruk, ada pula segi kebaikannya.
Dipandang dari segi duniawi,
kesejahteraan material mereka harus dipandang sebagai segi kebaikan mereka.
Itulah sebabnya mengapa dalam Hadits digambarkan, bahawa mata Dajjal yang hanya
satu, iaitu mata duniawi; gemerlap bagaikan bintang. Al-Our'an juga menerangkan
keahlian mereka dalam membuat barang-barang. Jadi julukan Dajjal hanyalah
sebahagian dari gambaran bangsa itu.
Dalam Al-Qur'an, bangsa-bangsa
Kristian disebut "para penghuni Gua dan inskripsi" (18:9). Gambaran ini
menggambarkan dua aspek sejarah agama Kristian. "Para penghuni Gua" merupakan gambaran
yang tepat bagi kaum Kristian dalam permulaan sejarah mereka kerana pada waktu
itu ciri khas mereka yang paling menonjol ialah hidup dalam biara. Mereka
meninggalkan sama sekali urusan duniawi untuk mengabdikan sepenuhnya dalam
urusan agama. Dengan perkataan lain, mereka membuang dunia guna kepentingan
agama.
Akan tetapi pada zaman akhir,
mereka digambarkan sebagai "Bangsa Inskripsi (ar-raqimi)". Kata raqmun ertinya
barang yang ditulis. Kata ini khusus digunakan bagi harga yang ditulis pada
barang-barang dagangan, seperti pakaian dan sebagainya. Gambaran ini mengandungi
erti penyerapan mereka yang amat dalam, dalam urusan duniawi, fakta ini
diuraikan dalam Al-Qur'an sbb: "Orang-orang yang usahanya menderita rugi dalam
kehidupan dunia ini" (18:104).
Jadi, bangsa Kristian yang pada
permulaan sejarah mereka membuang dunia untuk kepentingan agama, tetapi pada
zaman akhir, mereka membuang agama untuk kepentingan dunia; oleh sebab itu,
mereka dikatakan dalam Al-Qur'an sebagai "salah satu petanda Kami yang
mengagumkan" (18:9). Sabda Al-Qur'an tersebut di atas adalah gambaran yang tepat
tentang kecondongan mereka kepada kebendaan. Oleh kerana dalam urusan duniawi,
mereka lebih maju dari bangsa-bangsa lain, maka bangsa lain itu mengikuti mereka
secara membuta-tuli, kerana terpikat oleh keuntungan-keuntungan duniawi yang
dijamin oleh mereka.
Jadi, bangsa-bangsa Kristian
menyesatkan bangsa-bangsa lain di dunia, bukan saja dengan pengertian yang salah
tentang Putera Allah dan Penebusan dosa, melainkan pula dengan cita-cita
mengejar-ngejar kebendaan secara membuta-tuli, dengan mengabaikan sama sekali
nilai-nilai hidup yang lebih tinggi. Oleh kerana itu, dalam Hadits, mereka
diberi nama Dajjal, atau penipu ulung.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar