Memang benar bahawa kebanyakan Hadits menggambarkan seakan--akan Dajjal itu orang yang bermata satu, yang di dahinya terdapat tulisan Arab yang terdiri dari huruf kaf, fa' dan ra' (atau kafara, ertinya kafir), dan yang membawa keldai, sungai dan api. Tetapi jika Hadits--hadits itu kita sesuaikan dengan huraian Al-Qur'an, maka akan nampak dengan jelas, bahawa Dajjal bukanlah nama orang, melainkan suatu bangsa, atau lebih tepat lagi, segolongan bangsa.
Dengan tegas Al-Qur'an
mempersamakan Dajjal dengan bangsa-bangsa Kristian, dan lagi, Al-Qur'an
menyatakan bahawa Dajjal dan Ya'juj wa-Ma'juj bukanlah dua jenis makhluk yang
berlainan, kerana fitnah yang ditimbulkan oleh mereka itu disebutkan
bersama-sama.
Kami juga mempunyai bukti dari
kitab Bible yang menerangkan, bahawa Ya'juj wa-Ma'juj adalah bangsa--bangsa
Eropah. Dengan demikian teranglah bahawa Dajjal juga bererti bangsa. Sebagaimana
telah kami terangkan di muka, fitnah Dajjal itu bersumber pada menangnya agama
Kristian.
Ada sebuah Hadits yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim yang membuktikan bahawa Dajjal itu bukan orang melainkan
bangsa, sebagaimana Roma dan Parsi yang diuraikan dalam Hadits itu bukanlah
tempat melainkan bangsa. Hadits itu berbunyi sbb:
"Rasulullah SAW bersabda: Kamu
akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada
kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi kemenangan
kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Roma, dan Allah akan memberi
kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan
memberi kemenangan kepada kamu".
Di sini pertempuran dengan Dajjal
dihuraikan dengan kalimat yang sama seperti pertempuran dengan Arab, Parsi dan
Roma. Ini menunjukkan bahawa Dajjal adalah bangsa, seperti halnya Arab, Parsi
dan Roma. Boleh jadi yang diisyaratkan di sini ialah Perang Salib, tetapi
mungkin pula mengisyaratkan peristiwa yang terjadi di dunia pada zaman sekarang.
Namun satu hal sudah pasti, yakni bahawa menurut Hadits ini, Dajjal bererti
bangsa atau segolongan bangsa; seperti halnya Persi atau Roma.
Tetapi masih saja harus
dijelaskan, mengapa dalam Hadits dijelaskan seakan-akan Dajjal itu orang.
Sebagaimana telah kami terangkan, semua ramalan Nabi Suci itu didasarkan pada
ru'yah atau kasyaf (vision), dan dalam ru'yah atau kasyaf, suatu bangsa hanya
digambarkan sebagai orang-seorang. Sebenarnya, bangsa itu dikenal dari
ciri-cirinya; dan dalam ru'yah, ciri-ciri ini hanya dapat diperlihatkan dalam
bentuk orang--seorang. Bahkan dalam bahasa sehari-hari, bangsa itu diajak bicara
bagaikan orang. Misalnya, Al-Qur'an mengajak bicara bangsa Israil, seakan--akan
bangsa Israil itu orang. Bacalah misalnya, ayat Al-Qur'an berikut ini:
"Wahai kaum Bani Israil, ingatlah
akan nikmat-Ku yang Aku berikan kepada kamu, dan bahawa Aku memuliakan kamu di
atas sekalian bangsa" (2:47).
Kaum Bani Israil yang
diperingatkan di sini ialah mereka yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW,
tetapi peristiwa yang dimaksud ialah yang terjadi pada zaman nabi Musa, atau
beberapa abad sesudah beliau. Kenikmatan yang teruraikan dalam ayat ini telah
diberikan, kepada kaum Bani Israil zaman dahulu, tetapi ayat Al-Qur'an ini
ditujukan kepada kaum Bani Israil zaman sekarang yang sedang dalam keadaan hina
dan suram. Tetapi seluruh kaum Bani Israil ini dikatakan bagaikan satu orang.
Demikianlah seluruh bangsa Dajjal
diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam ru'yah bagaikan satu orang, padahal
Dajjal seperti yang digambarkan oleh Al-Qur'an menunjukkan bahawa Dajjal adalah
segolongan bangsa yang ciri-ciri khasnya sudah dikenal.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar